//Bombs

What I Cherish #2
Thursday, 6 December 2012 | 18:26 |
Hai. Dah lama tak update. Hihi haiiiiii. Okay stahp. Err so aku dah lama tak buat post ni so aku mahu cerita perkara kedua yang aku suka. Memandangkan I'm still in the I-already-finished-school mood, so aku nak amek peluang ini untuk menghargai kelas aku. Kelasku, 5 Beta yang dinamakan bersempena 4 huruf pertama Greek iaitu Alpha Beta Gamma dan Delta // sila search sendiri bentuk2 huruf2 ini kerana aku tak larat mengkopi // Ramai telah salah menginterpretasi yang 4 kelas pertama tingkatan 5 SMK Perimbun dinamakan sempena nama partikel radiasi tetapi NO. Aku dah mula melalut. Okay to the point. Aku sayang GILA dengan warga-warga kelas aku sebab muka dioranglah yang aku hadap hari-hari. Macam-macam dah jadi dalam kelas ni. Moment yang paling vivid dalam kepala aku adalah pada ketika pukul 1.40 tengahhari, tanggal 2 Mei 2012, classmates aku baik dan comel belaka telah mendendangkan lagu klasik Happy Birthday untuk aku. Masa tu, honestly aku tak boleh nak angkat kepala pun sebab segan sangat heh. Paling penting pasal kelas ni adalah tiada berlaku pertelingkahan politik antara kaum. Tak seorang pun racist. Semua orang pun bergaul sama-sama. Aku akan rindu setiap saat kita semua bersama, hujan dan panas // haritu sebulan blok Perdana takde elektrik //, masa PJ dan masa Biologi, semuanya. We'll stay together forever.


Older post | Newer post